Pemerintahan Empayar Uthmaniyyah (1385-1912) Sejarah_Albania

Kerajaan Uthmaniyah menguasai Albania antara 1385-1912. Selama masa ini, kebanyakan penduduk masuk Islam, dan penduduk Albania juga berpindah ke Itali, Greece, Mesir dan Turki. Walau pengawasannya secara singkat terganggu oleh pergolakan 1443-1478, dipimpin oleh Gjergj Kastrioti Skenderbeg, Khilafah Turki Uthmaniyah akhirnya menegaskan kembali penguasaan mereka.

Di awal abad ke-20, Khilafah Turki Uthmaniyah gagal mengendalikan keadaan di sini. Liga Prizren (1878) memperkenalkan gagasan negara kebangsaan Albania dan mencipta abjad Albania moden. Menyusul akhir Perang Balkan I, orang-orang Albania mengeluarkan Proklamasi Vlore pada 28 November 1912, mengisytiharkan 'kemerdekaan'. Perbatasan Albania ditetapkan oleh Kekuatan Besar pada 1913. Integrasi wilayah Albania ditegaskan di Konferensi Perdamaian Paris pada 1919, setelah Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson menolak rencana dengan kekuatan Eropah untuk membahagi Albania di antara tetangganya.